Pages

19 October 2011

PIRING ASTRO TIDAK MENGHADAP QIBLAT @ KAABAH


Baru baru ini saja ada terbaca satu artikel yang berbunyi "Mengapa Piring Astro Menghadap Kaabah/Qiblat". Apabila membaca artikel tersebut palbagai teori sains yang dikaitkan dengan Kaabah telah dikupas. Namun apa yang menarik perhatian saya ialah artikel tersebut mengatakan kebanyakan piring astro menghadap ke arah Qiblat lantas saya terkejut dengan kenyataan ini kerana dari pandangan mata kasar saya sendiri piring astro tersebut tidak langsung menghadap ke arah qiblat malah jauh terpesong ke arah lain. Kecuali orang yang tidak mengambil tahu arah qiblat yang betul mempercayai perkara ini yang mana jika dibiarkan ia boleh merosakkan aqidah umat Islam. Sebab apa saya berkata demikian?, ya berdasarkan komen sama ada di dalam forum, facebook mahupun blog, ramai yang percaya perkara tersebut dan ada yang mengaku apabila ke tempat yang tidak tahu arah qiblat mereka hanya melihat arah piring astro tersebut dah arah tersebutlah qiblat mereka. Sesungguhnya orang yang menyiarkan artikel ini memang akan merosakkan aqidah umat Islam dan beliaulah bertanggungjawab apabila ada orang sembahyang berqiblatkan arah piring astro.

Saya telah membuat siasatan dan kajian saya menunjukkan arah qiblat dan arah piring astro jauh berbeza. Bukan sedikit perbezaan malah sangat jauh dan jelas dilihat dengan mata kasar. Mungkin orang yang menyiarkan artikel ini tidak prihatin atau mengambil berat dengan arah Qiblatnya.... cuba lihat gambar di atas dan saya nasihatkan agar mereka yang percaya arah astro sama dengan arah qiblat tolong ambil kompas dan buat eksperimen seperti yg saya buat.. untuk mengetahui kedudukan arah qiblat dari tempat anda sila rujuk laman web Jakim http://www.e-solat.gov.my/ ...Wallahu a'lam......

24 comments:

jiwa sifar said...

selain dari melihat guna kompas.kita boleh lihat bintang utk melihat qiblat=)

omaq said...

syukran atas info anta... saya dah buh dalam blog saya www.omaQ.org

firedauz said...

tq.. mohon share.

Wahidah BME said...

Assalamu'alaikum. Terima kasih atas teguran saudara. Bila ingat balik piring astro jiran2 sy mmg langsung tak mengadap kiblat. Alhamdulillah ada yang mengingatkan tentang perkara ini. Byk cara org kafir utk pesongkan agama kita. Astaghofirullah. Selamat berjuang. Wassalam.

Wahidah -
http://hawatenang.blogspot.com/

Unknown said...

thanx 4 da penjelasan...tp kenapa sepanjang pemerhatian sy, di shah alam, most of the piring astro menghadap qiblat?same goes to somewhere.... entri yg diambil dr fb.....mungkin kita ambil yg baik iaitu kaabah is the best place....yg pasal qiblat mungkin bole diabaikan...

Mama atiyyah said...

salam..trime kaseh utk info..wa pn pnh gk bncngkan bnde neh dgn my hubby ..and ternyata mmg same jwapan die dgn awk....bkn sume pring astro yg mhadap ke arah kiblat...mohon share info awk untuk pmbetulan kt entry wa erk...

nsyud91 said...

thanks for info , dah share kat blog :)

insan_marhaen said...

Terima kasih atas info yang diberi...

Unknown said...

Alhamdulillah :)

Ed Chan said...

Terime Kaseh saudare azahari.
Saudare ade tegur saye bt post pasal ni. :D tengs sgt! act..alhamdulillah saudare tegur. Saye dh buang entry tu.

kak tie said...

terimakasih atas teguran saudara,mohon share kat blog saya..

Emmet said...

thanks atas info yg diberikan// :)

mohd zikril hakim said...

assalamualaikum, saya just nak tahu, kalau berdasarkan kompas, kene tengok pada sudut berapa darjah dari utara ye?, sebab saya selalu buat kerja luar, kadang2 jauh dari masjid.

azbisha said...

291 Darjah

anne mohd yassin said...

salam saudara azahari, buat pengetahuan saudara, saya ada selitkan eksperimen saudara dalam kandungan thesis akhir tahun saya. harap halalkan ya. saya juga ada acknowledge saudara dalam citation. untuk mengetahui lebih lanjut, saudara boleh menghubungi saya melalui emel saya anneums [at] yahoo [dot] com

zamri said...

Saya astro installer ingin mengesahkan bahawa piring astro tidak sesekali menghadap arah kiblat...piring astro serong 4 darjah ke kanan dar arah kiblat...kalau nak tahu arah kiblat ...baik guna kompas..

Anonymous said...

ustaz don kata ada yang sama dalam rancangan dia

Anonymous said...

Kadang2 ustaz pun terbaca artikel sebegini dan dia ingat benda tu betul.. dan dia ingin menguatkan hujahnya berkaitan keagungan Allah maka dia selitkan fakta ini... Ustaz hanya memberikan contoh untuk menguatkan hujah berkaitan benda lain dan tidak mengkhususkan bahawa kita sembahyang jika tak tau arah qiblat boleh mengikut arah piring astro...

bardbahtiar said...

sy mohon share ye...

Anak Perelih said...

piring astro mengadap satelit measat la.. cuma mungkin di sabah sarawak ianya berkebetulan kut sebab satelit tu ada di atas semenanjung or laut cina selatan....

Unknown said...

Alhamdulillah, memang di sekitar borneo, khusus dinegara Brunei, piring astro memang menghadap Kiblat +/-...

Anak Perelih said...

pakai lain perkhidmatan setelit macam yg indonesia ke thailand punya ke, arah dish tu dah lain dah... inilah akibat malaysia ban penggunaan satelit dish....

Anonymous said...

salam..kepada saudara azhari, ana cuma ingin membuat teguran.. adakah kajian anta betul2 accurate?? sbb, di sekeliling kawasan yg anta letak compass tu pnuh dengan besi?? masakan betul bacaan anta tu.. saya bukan nak kata kiblat arah astro, tp mungkin betul, arah +- piring astro ke kaabah ( mekah ) juga ada kaitnya kaabah sebagai pusat dunia

Anonymous said...

Anonym july 5,

maaf..ingin betulkan saudara.. untuk penjelasan yg masih tidak jelas..

1- piring astro yg mengadap kiblat adalah kebetulan dan tidak semua kawasan begitu disebabkan geografi kedudukan kita.

2- fakta berkenaan mekah pusat dunia itu betul. medan magnet bumi atau zon magnetisme sifar adalah di mekah.

3- nak dapat siaran astro kena menghadap ke satelit sebenarnya bukan kiblat. siaran astro adalah gelombang radio. manakala mekah adalah medan magnet bumi. jadi, ia adalah 2 benda yang berlainan.

4- ada artikel yg mencampurkan medan magnet bumi di mekah dengan artikel arah kiblat berpandukan piring astro yg menerima gelombang radio. ini yg menyebabkan orang ramai jadi keliru.

kesimpulan, jangan campurkan sesuatu fakta bagi menguatkan fakta yang lain yg sebenarnya tidak ada kaitan..