Gunung Jerai merupakan salah satu mercu tanda negeri Kedah Darul Aman yang sangat popular di semenanjung Malaysia ini. Namun, seumur hidup aku, tak pernah sekalipun menjejakkan kaki ke Gunung Jerai sehinggalah pada tarikh 27 Jun 2013 terasa hati nak tengok apa ada di puncak Gunung Jerai. 27 Jun 2013 bersamaan hari Khamis Jam 5.45 petang bertolaklah aku bersama isteri dan 3 orang anakku menuju ke destinasi. Tepat Jam 6.30 ptg sampailah di kaki Gunung Jerai dan aku terus saja memandu mendaki Gunung Jerai. Mendaki menggunakan kenderaan perlulah berhati-hati kerana jalannya yg agak sempit dan berbengkang-bengkok namun tidaklah seteruk mendaki untuk ke Cameron Highland atau Genting Highland kerana jaraknya untuk sampai ke puncak adalah lebih dekat iaitu hanya 11 km dari kaki gunung. Bukan apa, Walaupun kecuramannya lebih berbanding kedua-dua tempat tersebut namun pemanduan mendaki Gunung Jerai tidak membebankan kereta sangat kerana kita hanya guna gear 1 & 2 sahaja. Oleh kerana kereta aku menggunakan gear automatik, aku letak sajalah gear tu kat 2 dan pandulah hingga ke atas menuju The Regency Jerai Hill Resort. Setengah jam mendaki maka sampailah ke lobi hotel. Sebenarnya wife aku dah tempah bilik awal-awal lagi, biasalah zaman internet ni, guna internet lagi dapat harga murah berbanding Walk In...
Wahhh!!!!.....
Cantik jugak tempat ni. Inilah Gunung Jerai bumi Allah yang sangat cantik dan kaya dengan flora dan fauna semulajadinya. Dengaq2 cakap orang depa kata dulu landscape dia tak lah secantik sekarang. Tambahan pula sekarang resort ini telah diambil alih oleh The Regency iaitu hotel milik PKNK maka tempat tersebut di rebranding balik memang sangat2 okey.
Dah hampir senja.. sempat juga aku shot sunset yg sangat indah. Dapat bilik 507 betoi2 depan swimming pool dengan playground, syok sangat lah anak-anak aku. Sapa-sapa yang tak pernah datang tu, sila lah menjengahkan kaki anda ke Gunung Jerai, tambah-tambah lagi tu kaki shot gambaq memang syok kat sini.
Bilik pun okey. Kalau tak silap aku resort ni bertaraf 4 star, memang cantik lah. Oleh kerana bilik paling murah penuh maka aku duduk bilik Duluxe yg agak menarik. Macam kat Cameron Highlan jugak, dalam bilik cuma guna kipas, tak ada Aircond. Sejukkkkk walaupun tak ada aircond. Suasana senja pun best, rasa tenang tak ada bunyi bising dari kenderaan langsung.

Pagi-pagi lagi aku dah bangun, solat subuh, wirid sikit then capailah D90 aku nak tengok suasana pagi kat puncak Jerai ni... wahhhh.. banyak kabus atau kabut orang Kedah cakap... bestnya... sejuk? toksah dok habaq lah.. memang sejuk pun....
Suasana pagi memang best, sejuk, nyaman & tenang. Kabus pun banyak macam dok kat oversea la pulak. Budak-budak memang syok sangat lah, pukul 8.00 pagi pun masih banyak kabus. Rasa macam selalu nak duduk kat atas tu, tp kalo dok banyak hari jenuh siap duit lah atas tu. Dekat atas tu bukan ada kedai nasi kandaq, takdak kedai char kuew teaw, takdak kedai nasi ayam, so kalo nak makan kena beli kat hotel ler, paham2 lah kalo org gaji besaq duit banyak ok ler.
Tengok gambaq bunga ni memang cantik dengan titisan embun pun masih ada di kelopak bunga purple yg cantik tu. Sapa-sapa penggemar bunga pun boleh la datang tengok bunga kat atas puncak Gunung Jerai ni.
Di puncak Gunung Jerai ni juga terdapat satu ladang orkid di dalam kawasan resort ni, tapi aku tak masuk pun. Bukan saja tak masuk tapi terlupa nak masuk. Rasa macam nak lagi ke Gunung Jerai, InsyaAllah akan sampai lagi di lain waktu...