BUAH BEREMBANG
Orang kampung memanggilnya buah "Berembang" dan ianya merupakan tumbuhan hutan. Buah ini boleh dimakan sebagai ulam yang boleh dimakan begitu sahaja tanpa memasaknya. Apa yang dimakan ialah kelopaknya yang berbentuk segitiga itu sahaja. Rasanya tidak pahit kerana ia bukanlah dari kategori ulaman yang pahit.
Inilah bentuk pokoknya yang bersaiz agak besar. Jika hendak mendapatkan buahnya perlulah menggunakan galah untuk mengait kerana pokonya yang agak tinggi.

Inilah untungnya tinggal di kampung yang kaya dengan hasil hutan untuk kita nikmati. bersih daripada racun yang berbahaya.
POKOK TEPUS




Bunga yang cantik ini pula adalah bunga pokok Tepus. Memang cantik bunganya, namun boleh juga di makan sebagai ulam. Caranya juga sangat mudah iaitu rebus sampai lembut dan hidangkan... memang sedap...

