18 October 2008
Pertandingan Marhaban Antara Daerah Suarasa TV9
31 August 2008
Hukum-Hukum Kerana Meninggalkan Puasa
HUKUM - HUKUM KERANA MENINGGALKAN PUASA
Hukum-hukum kerana meninggalkan puasa terbahagi empat( 4 ) : | |
1. | Wajib Qadak . |
2. | Wajib Qadak dan Membayar Fidyah . |
3. | Tidak Wajib Qadak. |
4. | Tidak Wajib Qadak tetapi Wajib Membayar Fidyah. |
1. Wajib Qadak dikenakan ke atas orang yang meninggalkan puasa kerana | |
1. | Kedatangan haid dan nifas . |
2. | Sakit yang membahayakan . |
3. | Tersangat lapar dan dahaga . |
4. | Dalam perjalanan . |
5. | Pitam. |
6. | Mabuk. |
7. | Mengandung . |
8. | Menyusukan anak -- dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan diri masing- |
. | masing. |
2. Wajib Qadak dan Membayar Fidyah dikenakan khusus kepada: | |
1. | Orang yang mengandung dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan anak |
masing-masing. | |
2. | Orang yang menyusukan anak dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan |
anak masing-masing . | |
3. Tidak Wajib Qadak khusus kepada orang yang meninggalkan puasa kerana: | |
1. | Kafir (tidak beragama Islam) . |
2. | Kanak-kanak . |
3. | Gila . |
4. Tidak Wajib Qadak tetapi Wajib Membayar Fidyah khusus dikenakan ke atas orang | |
2. yang meninggalkan puasa kerana: | |
1. | Sakit yang tidak ada harapan sembuhnya . |
2. | Tua yang tiada kuasa (daya) berpuasa. |
Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa
Puasa akan batal dengan salah satu daripada perkara di bawah ini : | |
1. | Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja. |
2. | Memasukkan sesuatu ke dalam dubur(jalan belakang) atau qubul(jalan depan) dengan sengaja . |
3. | Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa) . |
4. | Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak keluar mani. |
5. | Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk-cium |
dan sebagainya. | |
6. | Kedatangan haid atau nifas. |
7. | Gila walaupun hanya sekejap masa. |
8. | Mabuk atau pengsan sepanjang-panjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari. |
9. | Bersalin. |
10. | Berbuka puasa sebelum yakin terbenam matahari. |
11. | Murtad - iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati, perkataan |
atau perbuatan. |
Hikmat-Hikmat Berpuasa
Puasa mempunyai hikmat-hikmat dan faedah-faedah yang banyak, antaranya: | |
Menandakan kesyukuran kepada Allah kerana nikmat-nikmat yang banyak kepada hamba-hambanya. | |
Melatih jiwa supaya mempunyai rasa belas kasihan terhadap orang-orang yang susah dan menderita. | |
Melatih jiwa supaya bersih daripada sifat-sifat tamak, sombong dan hasad dengki. | |
Melatih diri supaya bersifat sabar dan tabah menempuh ujian-ujian dalam perjuangan hidup. | |
Menanamkan semangat perpaduan kerana sama-sama menunaikan kewajipan yang sama itu dapat | |
menimbulkan perpaduan. | |
Menanamkan semangat sama rata dan menjauhkan sifat membeza-bezakan di antara kaya miskin, hina mulia, | |
raja dan rakyat kerana sama-sama menjunjung peritah Allah. | |
Melatih diri supaya mempunyai peraturan-peaturan dan menghargai masa kerana puasa mempunyai batas-batas | |
waktu yang tertentu. | |
Membersihkan anggota-anggota di dalam tubuh badan dari daki-daki dan lemak-lemak makanan yang | |
bekerja sepanjang tahun. | |
Memberi kerehatan kepada alat-alat di dalam tubuh badan - terutamanya alat pengisar makanan yang | |
bekerja sepanjang tahun. | |
Memberi peluang untuk memperbanyakkan amal ibadah kerana Bulan Ramadhan mempunyai keistimewaan | |
yang tidak ada pada bulan-bulan lain seperti Lailatul-Qadar dan Sembahyang Tarawih. |
Klebihan Sembahyang Tarawih
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wata'ala, Selawat dan Salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'Alaihi Wasallam serta para sahabatnya. | |
SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut. | |
Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:
| |
Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunah Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu. | |
Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim) | |
Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib). | |
Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam? seterusnya dia berkata: Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4). | |
Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah. Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari) Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir) Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya. | |
Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah : 1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi. 2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis sahih. 3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih. 4. Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu. | |
Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini. |
Petikan dari terbitan dan edaran percuma:
DARUL QURAN WAS-SUNNAH
Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2
Kubang Kerian , 16150 Kota Bharu, Kelantan.
15 August 2008
Awas Lori Batu Lebih Muatan
Kalau selisih tu..awas lah!!!.. batu luruh macam peluru...
Okey,,, aku nak habaq lokasi bahaya...iaitu jalan Kuari Batu Bina Kuari (BINAK), Bukit Perak, Pendang Kedah...sbb aku selalu guna jalan tu...Road Block polis trafic boleh kata tiap-tiap hari...tapiiiii...aku pun taktau..pasai apa lori-lori yang bawak batu bertimbun ni dok ada situ la... hampaih nyok betoi depa ni.. pasai apa tak takut langsung taktau...
Awas KUARI BATU BINA KUARI!!!... hampa ni lagi la... aku tengok tempat timbang lori ada..tapi pasai apa hampa isi batu lebih dalam lori... mangkuk betoi la!!! mmg aku marah... keta aku dah kena...bonet depan dah macam kena peluru....
Hampa tengok lah sendiri antara gambaq-gambaq yang aku ambik ni... buat penilaian...aku akan hantaq ke pihak atasan... kalau dok bubuh batu lebih muatan juga akau tak kira la Syarikat ni sapa punya... Tindakan kena ambik....bahaya keselamatan orang ramai.....