HUKUM - HUKUM KERANA MENINGGALKAN PUASA
Hukum-hukum kerana meninggalkan puasa terbahagi empat( 4 ) : | |
| Wajib Qadak . | |
| Wajib Qadak dan Membayar Fidyah . | |
| Tidak Wajib Qadak. | |
| Tidak Wajib Qadak tetapi Wajib Membayar Fidyah. | |
| 1. Wajib Qadak dikenakan ke atas orang yang meninggalkan puasa kerana | |
| Kedatangan haid dan nifas . | |
| Sakit yang membahayakan . | |
| Tersangat lapar dan dahaga . | |
| Dalam perjalanan . | |
| Pitam. | |
| Mabuk. | |
| Mengandung . | |
| Menyusukan anak -- dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan diri masing- | |
| . | masing. |
| 2. Wajib Qadak dan Membayar Fidyah dikenakan khusus kepada: | |
| Orang yang mengandung dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan anak | |
| masing-masing. | |
| Orang yang menyusukan anak dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan | |
| anak masing-masing . | |
| 3. Tidak Wajib Qadak khusus kepada orang yang meninggalkan puasa kerana: | |
| Kafir (tidak beragama Islam) . | |
| Kanak-kanak . | |
| Gila . | |
| 4. Tidak Wajib Qadak tetapi Wajib Membayar Fidyah khusus dikenakan ke atas orang | |
| 2. yang meninggalkan puasa kerana: | |
| Sakit yang tidak ada harapan sembuhnya . | |
| Tua yang tiada kuasa (daya) berpuasa. | |