Pages

31 August 2008

Hukum-Hukum Kerana Meninggalkan Puasa

HUKUM - HUKUM KERANA MENINGGALKAN PUASA

Hukum-hukum kerana meninggalkan puasa terbahagi empat( 4 ) :
1. Wajib Qadak .
2. Wajib Qadak dan Membayar Fidyah .
3. Tidak Wajib Qadak.
4. Tidak Wajib Qadak tetapi Wajib Membayar Fidyah.


1. Wajib Qadak dikenakan ke atas orang yang meninggalkan puasa kerana
1. Kedatangan haid dan nifas .
2. Sakit yang membahayakan .
3. Tersangat lapar dan dahaga .
4. Dalam perjalanan .
5. Pitam.
6. Mabuk.
7. Mengandung .
8. Menyusukan anak -- dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan diri masing-
. masing.
2. Wajib Qadak dan Membayar Fidyah dikenakan khusus kepada:
1. Orang yang mengandung dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan anak
masing-masing.
2. Orang yang menyusukan anak dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan
anak masing-masing .
3. Tidak Wajib Qadak khusus kepada orang yang meninggalkan puasa kerana:
1. Kafir (tidak beragama Islam) .
2. Kanak-kanak .
3. Gila .
4. Tidak Wajib Qadak tetapi Wajib Membayar Fidyah khusus dikenakan ke atas orang
2. yang meninggalkan puasa kerana:
1. Sakit yang tidak ada harapan sembuhnya .
2. Tua yang tiada kuasa (daya) berpuasa.

2 comments:

Anonymous said...

Alamak!!! takut ler

Puteeeeri said...

bagus - bagus ! post awak sungguh berguna bagi folio saya ! HAHA ~
-follow blog saya : funpartyputery.blogspot.com